Friday 20 December 2013

anjing Pejuang

berjuang,
cukup puas berjuang,
menggembirakan, mengharukan, menyenangkan, memeriahkan,
menyajikan, mengharungi, meriuhkan,
semua sudah. hebat bukan,
habis raga kau hulur hilirkan.

tapi,
kita manusia,
memang lupa, sezarah habuk anjing,
kau samak seluruh badan!
kau gosok hingga luka,
kau mandi berejam,
kau maki setajam-tajam.

benar,
kau lupa,
anjing itu juga makhluk alam.
anjing itulah yg berjuang.

Friday 10 May 2013

Yeah! Aku Menang!


"TAHNIAH! kepada pemenang KESELURUHAN Mega Tweet Race - Aizat Safwan Amir yang telah mengumpul mata tertinggi sepanjang 6 minggu. Anda telah memenangi sebuah kamera DSLR Canon 60D dan 2 tiket menonton Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke-8. Tahniah!"

antara kenangan yang terindah, terima kasih Tuhan ^_^

Di Sebalik Bayang-Bayang Kemakmuran~

Mahu jadi kaya, 
Jadilah ahli politik yang korupsi.

Tapi adakah kekayaan itu Kebanggaan atau kebangangan bila terserlah kebenaran?

Tak perlu marah bila negara dijajah atau ingin dicuri oleh ancaman luar, kerana rompakan telah lama berlaku oleh pemimpin sendiri !!!



Orang Kita ~

biasalah, "orang kita", 

"orang kita" memang lantang menjerit perkauman,
kononnya "biar mati anak, tapi jangan mati bangsa",
tapi bila mana berakal logik,
buka mata seluas laut,

"orang kita" yang saling tetak bunuh orang-orang kita,
"orang kita" yang bagi saka dengki niaga pada orang-orang kita,
"orang kita" yang lancang memaki menghamun memfitnah orang-orang kita.

tapi,
biasalah, "orang kita",

kibar lain-lain itu boleh putus saudara,
hujah beza-beza itu boleh meranap saudara,
maka, demokrasi itu dipenjara.

sudahlah,
jangan risau pada dunia,
bangsa kita bangsa pelakar sejarah,
bangsa kita jujur pada tali saudara,
apa pun kita kibar, kita hormat orang mengibar,

jom kawan, kita kawan bukan lawan...

Jom Kawan

patut~

bila mana seorang melakukan kesalahan, maka jangan dihukum persekitarannya!

sama mcm politik kita, kalau Umno buat salah, sebesar mana rasuah, sejahat mana kezaliman, seteguh mana fitnah, tidak semua orang umno itu jahat dan melakukan benda yang sama, begitu juga untuk parti lain Pkr, Pas, Dap dan sebagainya.

jadi manusia, yang kotor itu dibuang, yang baik diselam.
ini kita lain, semua nak dimaki, semua nak ditetak, semua nak ditelanjangkan!!!

hentikan kebodohan ~

KimaSia

Maka, 
bertempiaran "tangki biru" di persisir jalan,
Mungkin itu transformasi mereka,
Lambang jaya 5 tahun perintah.

Mungkin esok,
Hari unik buat rakyat,
Wang menjadi raja,
Buat bekal sepenggal takhta!
Calon bakal menjadi tuhan,
Habis undi bakal jd petualang.

Tenang pejuang 'penentang',
Apa pun yg bakal tercanang esok,
Bukan hasil mu akan dititi,
Tp usaha mu yg bakal dihitung.

Sehebat mana manusia merancang,
Jaguh lagi Tuhan menukil jalan.

#KimaSia

Aku Pilih Mengundi!




aku mengundi bukan kerana itu adalah kewajipan, 
cuma bercita tinggi mengubah kezaliman menjadi kasih sayang.
tak perlu di bimbang parti mana yang menang,
perlu kau bimbang siapa yang kau pangkah, 
bimbang sahaja "tersubahat" meneruskan kejahatan!